بسم الله الرحمن الرحيم
Semua orang mengimpikan kehidupan yang selesa, dan
kebahagian didalam rumah tangga.Tahukah bagaimana untuk mencapainya dan apakah
cirri-ciri yang perlu ada didalam sebuah rumah tangga yang bahagia?
Perempuan yang dipilih jadi isteri.
Sunat bagi mereka yang hendak mendirikan rumah tangga
memilih calon isteri yang mempunyi ciri-ciri berikut:
• Perempuan yang beragama lagi solehah kerana sabda Nabi
saw:
تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لارْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ
Seorang perempuan itu dikahwini kerana empat pekara;
kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, atau agamanya maka hendaklah kamu
ambil yang beragama jika tidak binasa tangan engkau yakni jadi papa engkau.
Biar perempuan itu miskin atau tidak cantik, yang
penting dia beragama, kerana perempuan yang beragama dapat menjaga dirinya dari
melakukan pekara yang dibenci oleh suami.
• Perempuan yang sempurna akal, sekalipun cantik tapi
akal yang tidak sempurna boleh merosakkan hubungan suami isteri. Mereka yang
kurang akal tidak dapat menilai kebaikan yang suami telah beri kepadanya.
Kebanyakan orang yang kurang akal adalah mereka yang tiada pendidikan agama.
• Anak dara kerana sabda Nabi
عَلَيْكُمْ بِالْأَبْكَارِ فَإِنَّهُنَّ أَعْذَبُ أَفْوَاهًا وَأَنْتَقُ أَرْحَامًا وَأَرْضَى بِالْيَسِير
Nikah lah dengan yang dara-dara kerana mereka itu manis
percakapannya, suci rahimnya dan reda dengan yang sedikit.
• Perempuan yang baligh
• Perempuan yang banyak anak diketahui demikian itu
dengan segala kerabatnya.
Lelaki yang patut jadi suami
Sunat bagi wali perempuan memilih suami anaknya yang
menpunyi ciri-ciri berikut
• lelaki yang beragama.
• Bujang (belum pernah berkahwin)
• Yang elok rupanya.
• Yang kuasa mendirikan hak (nafkah dan lainnya)
•Baik
akhlaknya, ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya.
• Bertanggungjawab, memberi isteri dan anak-anak pakaian islam.
Berbahagialah kamu jika dicintai calon yang demikian sifatnya..
InsyaAllah..inginkan yang terbaik, jadilah yang terbaik..
Inginkan yang soleh, jadilah sesolehah mungkin..
*kredit to diba for this text ! mekasih :D
*btw,selamat ulang bulan ke 3 kita kenal,semoga kekal.inshaAllah :)
1 doakan bella berjaya dunia akhirat:
saya cadangkan post ni bagi dekat org kahwin umur menengah bawah . XD
Catat Ulasan