Sabtu, 13 Julai 2013

GA Like Ja Bah !! By Sharina








tekan si patrick ni untuk join.

Antara hadiahnya :


2x T-Shirt I Love Opzzpinky
2x Pure Marine Collogen Gred AAA
2x Balang Cookies ChocChip
2x Kek tiraMisu & Towel CupCake
5x RM 10 Cash
3x RM 5 Topup


PEMILIHAN PEMENANG

5x Pemenang dari Top Referrel (RM 10)
11x Pemenang dari Random 

TARIKH PENTING

10 Julai - Start
30 Julai - Tamat
31 Julai - Check Peserta
1 Ogos - Pengumuman Pemenang


TAG 3 KAWAN

awak / awak / awak




Rabu, 10 Julai 2013

Ramadhan 1434 H

Assalamualaikum.

setelah sekian lama tak menjenguk blog ni.kalaulah blog ni boleh bercakap kan,comferm dia marahkan aku..yelah hampir 2 bulan aku tak endahkan blog ni..sory yer blog kesayangan.bukan lupa tapi keadaan yang tak berapa nak mengizinkan..

Alhamdulillah,pejam celik dah masuk tahun ke 3 bergelar student nurse dekat kolej ni.
dah sem 5,.kat bahu pun dah ada something yang berwarna merah..dari kosong naik ke hijau lepas tu pegang biru untuk setahun,then sekarang merah.aishh..semakin besar tanggungjawab yang kena pikul.dekat wad pun,since dah merah staff nurse dan others staff dah expect adik red dah boleh buat everthings same like a real staff nurses.walhal,hakikatnya.aku tak. takutnya.

Tapi tak apelah,anggap semua sebagai pra cabaran bagi menempuh alam perkerjaan di masa akan datang,.berusahalah Nabila farhana !!


Sekali lagi syukur alhamdulilah sangat sangat sebab Allah masih panjangkan umur  aku untuk menempuh bulan yang penuh dengan barakah ini.semoga Ramadhan ini ramadhan yang terbaik dari ramadhan ramadhan sebelum ni.InshaaAllah,amin.

sempena dengan ini,aku nak ucapkan
SAlAM RAMADHAN dAn SELAMAT BERPUASA..






Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan….menyerulah Malaikat, katanya: "Wahai orang yang mencari dan berkehendakkan kebaikan: Tampillah mengerjakannya, dan wahai orang yang merasa mahukan kejahatan; berhentilah dari meneruskannya; dan (ketahuilah) Allah banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka daripada memasukinya."Seruan dan keampunan yang demikian, ada pada tiap-tiap malam (dalam bulan yang tersebut)."Abu Hurairah r.a

salam sayang :
nabila farhana



Ahad, 12 Mei 2013

its about SOLAT.


assalamualaikum..


38 KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT
(DENGAN BERPANDUKAN TATACARA SOLAT RASULULLAH SAW)





, Berbagai ragam kesalahan dilakukan oleh orang yang mengerjakan solat
. Yang paling nyata, ramai di kalangan mereka solat tanpa menitik beratkan thuma’ninah. 
Langsung tidak ada ketenangan ketika mereka mengerjakan solat. Mereka solat nak cepat selesai. Mereka solat seperti melepaskan ‘beban’ yang terpaksa dipertanggung-jawabkan kepada mereka sebagai umat Islam. Waktu rukuk, rukuknya ala kadar sahaja. Waktu iktidal, belum pun benar-benar berdiri lurus, dah nak sujud. Waktu sujud, kepala terlalu menungging, dahi dan hidung tidak kena tempat sujud. Saya tidak mempunyai kekuatan untuk menegur mereka. Siapalah saya kalaupun saya mahu menegur mereka! Sempurna sangatkah cara solat saya? Akan tetapi, sekiranya saya tidak menegur mereka, saya tetap menanggung dosa kerana membiarkan kesalahan yang mereka lakukan. Kita perlu meneliti semula, adakah solat kita bertepatan dengan cara solat yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammad SAW. Ini kerana solat yang dilakukan tanpa berpandukan tatacara solat yang dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW, pastinya solat itu akan membawa kepada kecelakaan terhadap diri sendiri.



“Yang pertama sekali akan dihisab pada hari kiamat adalah solat. Jika solatnya sempurna, maka sempurnalah seluruh amalannya. Dan jika solatnya buruk, maka buruklah amalan-amalannya yang lain.”

BAB: KESILAPAN-KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT
1. SOLAT TANPA ILMU
Orang yang mengerjakan solat tanpa ilmu tergolong dalam golongan orang yang tidak dapat dimaafkan kerana “kebodohan beragamanya”.

2. TIDAK MEMERHATIKAN KESEMPURNAAN WUDHUK
Ramai di kalangan kita tidak memerhatikan kesempurnaan wudhuk. Mereka berwudhuk ala kadarnya sahaja.

3. LARANGAN ISBAL - KAIN ATAU SELUAR YANG LABUH MENUTUPI MATA KAKI
Ramai di kalangan muslimin langsung tidak ambil berat, malah ada yang langsung tidak tahu menahu tentang larangan isbal. Mereka solat dengan kain atau seluar labuh menutup mata kaki.

4 . MELAFAZKAN NIAT
Sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita, melafazkan niat sebelum memulakan solat.
Tidak ada nas sama sekali yang menunjukkan Rasulullah SAW melafazkan niat ketika memulakan solat. Niat tidak dilafazkan.

5. CARA ANGKAT TANGAN – TAKBIRATUL IHRAM
"Rasulullah SAW biasa mengangkat kedua tangannya setentang bahu jika hendak memulai solat, setiap kali bertakbir untuk rukuk dan setiap kali bangkit dari rukuknya" @ mengangkat kedua tangannya setentang telinga berdasarkan hadis...

6. KEDUDUKAN TANGAN DI PERUT ATAU DI DADA?
Sunnah Rasulullah SAW ialah meletakkan posisi tangan di dada.

7. MATA TIDAK KONSENTRASI KE TEMPAT SUJUD
Ketika sedang solat, janganlah mata kita berkeliaran ke sana sini. Ketika mengerjakan solat, Rasulullah SAW menundukkan kepalanya dan hanya mengarahkan pandangannya ke tempat sujud. Sebaik-baiknya, hendaklah dilapik dengan kain putih di tempat sujud.

8. MEMBACA FATIHAH DENGAN CEPAT!
Ramai di kalangan kita membaca surah Fatihah dan surah-surah lainnya dengan cepat. Seolah-olah ada pertandingan ‘siapa cepat dia menang’! Hal ini langsung bukan dari petunjuk dan ajaran Rasulullah SAW.

9. MAKMUM SIBUK BACA FATIHAH DI BELAKANG IMAM
Ketika imam membaca surah lain sesudah surah Al Fatihah (ketika sembahyang berjemaah) makmum pula sibuk membaca surah fatihah. Ini dapat kita perhatikan ketika sembahyang berjemaah subuh, maghrib dan ‘isyak.

10. TIDAK MENGERASKAN BACAAN ‘AMIIN’
"Bila Rasulullah SAW selesai membaca Al-Fatihah (dalam sembahyang), beliau mengucapkan amiin dengan suara keras dan panjang."

11. TIDAK MELAKUKAN THUMA’NINAH DENGAN SEMPURNA
Sabda Rasulullah SAW: “Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri (dalam) solatnya.” Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana mungkin ia mencuri (dalam) solatnya? Rasulullah SAW menjawab: “Yaitu mereka yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujud.”

12. HIDUNG DAN DAHI TIDAK MENYENTUH TEMPAT SUJUD
Rasulullah SAW bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening (dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya), dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki."

13. KEDUDUKAN SIKU DAN KAKI KETIKA SUJUD
Ada juga orang yang solat, merapatkan siku ke lantai. Sepatutnya waktu sujud, tapak tangan hendaklah menekan ke lantai bersetentangan dengan bahu atau boleh juga bersetentangan dengan kedua anak telinga dan sikunya hendaklah diangkat. Dari Anas bin Malik, dari Rasulullah SAW bersabda:"…………… dan jangan kamu menghamparkan kedua lenganmu (tangan) seperti anjing menghamparkan kakinya (sebagaimana anjing menghamparkan kaki depannya). "

14. TIDAK AMBIL KESEMPATAN BERDO’A KETIKA SUJUD
Rasulullah SAW bersabda. “Jarak yang paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika sujud, maka perbanyaklah do’a (ketika itu)”. Maka dengan itu hendaklah kita memperlamakan sujud sambil berdoa kepada Allah Ta’ala.

15. TIDAK MENEGAKKAN KAKI KANAN KETIKA DUDUK ANTARA DUA SUJUD DAN TAHYAT
Cara duduk antara dua sujud, duduk iftirasy (duduk dengan meletakkan punggung pada kaki kiri dan kaki kanan ditegakkan). Waktu duduk antara dua sujud ini, telapak kaki kanan ditegakkan dan jarinya diarahkan ke Kiblat.

16. MENYINGSING LENGAN BAJU DAN MENYELAK RAMBUT
Larangan menyelak atau menyingsing lengan baju dan menyelak rambut (ketika sujud) agar
tidak terjurai bukan sahaja ketika solat tetapi sebelum solat lalu ia melaksanakan solat. Dan
menurut jumhur ulama’ ia termasuk dalam larangan dan dikuatkan oleh hadis Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa orang yang solat tidak boleh menyelak rambutnya ketika sujud.

17. CARA BANGUN MENUJU KE RAKA’AT KEDUA DAN KEEMPAT
Dari Malik bin Huwairits Radhiyallahu 'anhu bahwasanya dia melihat Rasulullah SAW solat, “maka bila pada raka'at yang ganjil tidaklah beliau terus bangkit, beliau duduk terlebih dulu dengan lurus (sebelum bangkit ke raka’at seterusnya)."Kemudian Rasulullah SAW bertompang (dengan tangannya) pada lantai ketika bangkit ke raka'at kedua.

18. DUDUK TAHYAT PERTAMA DENGAN TAHYAT AKHIR TIADA BEZANYA
Waktu tahyat awal duduknya iftirasy (duduk di atas telapak kaki kiri) sedangkan pada tahyat
akhir duduknya tawaruk (duduk dengan kaki kiri dihamparkan ke samping kanan dan duduk
di atas lantai, pada masing-masing posisi kaki kanan ditegakkan.

19. BERDO’A SESUDAH BACAAN TAHYAT AKHIR
Ramai di kalangan kita, apabila selesai membaca tahiyyat akhir, terus beri salam. Memang tidak salah. Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu: berkata Rasulullah SAW: "Apabila kamu telah selesai tahyat akhir maka hendaklah berdo’a berlindung kepada Allah dari empat perkara: Ertinya: "Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari siksa neraka jahannam, siksa kubur, fitnah kehidupan dan kematian serta fitnahnya Al-Masiihid Dajjaal."

20. MENYAPU MUKA SESUDAH SALAM
Ada orang kata, sesudah salam, disunatkan menyapu muka. Saya tercari-cari hadis yang menyatakan sunnah menyapu muka. Malah yang saya temui adalah seperti berikut: Ath-Thabarani meriwayatkan dari Anas Radhiyallahu 'anhu katanya: “Rasulullah SAW apabila selesai solatnya, baginda menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya” Hadis ini sangat dha'if.

21. MAKMUM BERALIH RUKUN SERENTAK DENGAN IMAM
Hal ini cukup lumrah. Imam takbir…..bergerak ke rukun rukuk. Makmum juga ikut takbir dan bergerak ke rukun rukuk. Kalau imamnya bergerak lambat, kadangkala kita perhatikan makmum dulu yang rukuk sebelum imam. Dari Al Barra’ Radhiyallahu 'anhu, beliau berkata: “Setelah Rasulullah SAW mengucapkan, kami tetap tegak berdiri hingga kami melihat Rasulullah SAW meletakkan benar-benar dahi baginda di tempat sujud, barulah kami bergerak sujud.”

22. MELINTAS DI HADAPAN ORANG YANG SEDANG SOLAT
Ramai di kalangan kita berasa tidak bersalah apabila melintas di hadapan orang yang sedang solat. Padahal Rasulullah SAW menegaskan: “Kalaulah orang yang lalu di hadapan orang yang sedang solat tahu apa dosanya, pasti dia akan memilih (untuk tetap diam) selama 40……. daripada harus melintas di hadapannya.

23. MAKMUM TIDAK MEMENTINGKAN SAF PERTAMA
Rasulullah SAW: “Kalaulah orang-orang tahu keutamaan yang ada dalam azan (maksudnya memenuhi seruan azan dengan berjema’ah di masjid) dan berada di saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya, kecuali dengan cara mengundi, pasti mereka akan mengadakan undian.”).

24. SAF TIDAK LURUS DAN TIDAK RAPAT: MAKMUM TAK KISAH
Adalah menjadi tanggungjawab Imam memerhatikan betul-betul samada saf sudah benar-benar lurus dan rapat. Sebahagian sahabat berkata, “Adalah Nabi SAW apabila telah berdiri di tempatnya untuk solat, tidaklah terus beliau bertakbir, sebelum beliau melihat ke kanan dan ke kiri menyuruh makmum merapatkan bahu mereka seraya bersabda: janganlah kamu maju mundur (tidak lurus), yang menyebabkan maju mundurnya jiwa-jiwa kamu”

25. MEREMEHKAN SOLAT FARDHU BERJEMAAH DI MASJID
Ada sebuah hadis yang mengatakan bahawa sesiapa yang tinggal berdekatan dengan masjid atau surau, yang apabila dikumandangkan azan untuk solat berjemaah, tetapi dia lebih suka solat sendirian di rumah, maka hukum solatnya itu dianggap tidak sah. Sebahagian ulama’ mentafsirkan “tidak sah” ini sebagai “tidak sempurna”.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, sabda Rasulullah SAW, “Tidak sah solat bagi tetangga masjid kecuali di masjid.” (Hadis riwayat Imam Daruquthni dan Hakim) Dari Ibnu Abas Radhiyallahu 'anhu, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa mendengar azan, sedang tidak ada uzur yang menghalanginya mengikuti solat berjema’ah, maka tidak sah sembahyang yang dilakukan sendirian.” Mereka (para sahabat) bertanya: “Apa itu uzur?” Rasulullah SAW menjawab: “Rasa takut (tidak aman) atau sakit.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud)

26. TIDAK MENGGERAKKAN BIBIR/MULUT
Ada orang yang tidak menggerakkan bibir atau mulut ketika solat. Baik solat fardhu ataupun solat sunat. Mereka baca dalam hati. Perbuatan ini membatalkan solatnya. Para imam dari keempat-empat mazhab berpendapat bahawa menggerakkan bibir atau mulut dengan bacaan itu hukumnya wajib.

27. SOLAT DENGAN HANYA MEMAKAI KAIN PELIKAT TANPA MEMAKAI BAJU.
Dari hukum feqah, ia memang sah. Rasulullah SAW menegur orang solat yang tidak menutupi bahunya. Bertemu sesama manusiapun, kita tidak sanggup kalau tidak berbaju, apalagi mengadap Allah Ta’ala.

28. BACAAN IMAM TIDAK BETUL
Rasulullah SAW bersabda: “Biarkanlah imam memimpin kalian solat. Jika mereka (yakni imam) berlaku benar, maka pahalanya bagi mereka dan bagi kalian (para makmum). Jika imam salah, maka pahala tetap bagi kalian dan dosa bagi mereka (yakni imam).”

29. IMAM SOLAT EKSPRES!
Imam Ahmad mengingatkan para imam: Suruhlah setiap yang menjadi imam, agar ia berhati-hati sekali dengan solat agar ia mengerjakan solatnya itu dengan baik dan sempurna, agar para makmumnya menjadi baik pula solatnya.

30. SOLAT BERJEMAAH DUA ORANG: IMAM DI DEPAN!
Bila solat berjemaah dua orang iaitu imam dengan makmum, posisi makmum pada kebiasaannya kita lihat makmum berdiri di sebelah kanan imam dan posisinya agak ke belakang sedikit dari imam. Keadaan ini ternyata salah dan bertentangan dengan apa yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW. Apabila imam solat berjemaah hanya dengan seorang makmum, maka dia (makmum) disunnahkan berdiri di sebelah kanan imam (sejajar atau sebaris dengannya).

31. RAGU-RAGU TENTANG KEBERSIHAN
Adapun mengenai kedudukan solat seseorang yang ragu atau syak tentang kebersihan, sekalipun ragu atau syak tentang najis, maka keraguan atau syak itu tidak menjejaskan hukum yang boleh menyebabkan solatnya tidak sah, kerana berdasarkan kaedah fiqh bahawa: "Sesuatu yang sudah diyakini tidak dihilangkan oleh sebab adanya keraguan."

32. TIDAK FAHAM MAKNA BACAAN
Ramai di kalangan kita yang solat tetapi tidak memahami makna bacaannya, baik dari mula angkat takbir sehinggalah ke akhir solatnya iaitu salam. Bayangkan seumur hidup solat, tidak satupun makna bacaan yang difahaminya. Inilah kebodohan yang nyata dan tidak boleh dimaafkan dalam beragama. Apabila kita memahami makna setiap bacaan dalam solat, lama-kelamaan kita akan dapat merasai betapa manisnya ibadah solat. Marilah kita mengadakan sedikit ‘kerja rumah’ dengan mempelajari makna-makna bacaan solat yang kita kerjakan setiap hari. Sabda Rasulullah SAW: “Tiada diperoleh seorang hamba dari solatnya kecuali apa ada dalam fikirannya pada saat melaksanakan solat


33. TIDAK KHUSYUK KETIKA SOLAT
Sabda Rasulullah SAW: “Yang pertama-tama diangkat dari umat ini ialah khusyuk sehingga tidak terlihat seorangpun yang khusyuk”. (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Thabrani) Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda; "Adakalanya orang-orang solat, namun tidak diterima darinya setengahnya atau sepertiganya atau seperlimanya atau seperenamnya atau sepersepuluhnya. Sesungguhnya solat yang diperhitungkan bagi seseorang hanyalah sekadar yang dikerjakannya dengan sedar." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Ramai orang yang sedang mengerjakan solat tapi sambil memikirkan program
keduniaan. Fikiran mereka melayang dan menerawang kepada urusan dunia. Mereka
membuat rencana ke sana atau ke sini sesudah solat nanti. Itu dikerjakan di tengah-tengah
melaksanakan solat. Sebahagian ulama memaksudkan: Itulah di antara yang disebut mabuk.

34 . MENYAMBUNGKAN SOLAT FARDHU DENGAN SOLAT SUNAT
Seringkali kita melihat ada orang sesudah solat fardhu, lantas bangun dan mengerjakan solat sunat tanpa berzikir terlebih dahulu. Ini banyak sekali berlaku sesudah solat Jumaat. Sesudah mengerjakan solat fardhu, hendaklah kita sebaik-baiknya berzikir terlebih dahulu (sebahagian ulama’ berpendapat ‘memutuskannya dengan berbicara’ ditafsirkan dengan Walau bagaimanapun, solat sunat paling afdhal dan digalakkan dilakukan di rumah.

35. MENANGGUHKAN SOLAT QADHA YANG TERTINGGAL
Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'Anhu, dia berkata. Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa lupa solat, hendaklah dia mengerjakannya ketika mengingatnya, tiada denda baginya kecuali yang demikian itu”. Lalu Rasulullah SAW membaca firman Allah. 'Dan, dirikanlah solat untuk mengingatiKu”. (Hadis riwayat Bukhari).

KESIMPULAN HADIS INI DAN HUKUM-HUKUMNYA
[1] Kewajipan qadha sembahyang bagi orang yang lupa dan tertidur, yang dilaksanakan ketika mengingatnya.
[2] Kewajipan segera melaksanakannya, kerana penundaannya setelah mengingatkannya sama dengan meremehkannya.
[3] Tidak ada dosa bagi orang yang menunda solat bagi orang yang mempunyai alasan, seperti lupa dan tertidur, selagi dia tidak mengabaikannya.

36. TIDAK BERJEMAAH DI TEMPAT AWAM
Hal ini sering berlaku di mana ramai di kalangan kita tidak solat berjemaah di surau atau musolla ketika musafir, atau di shopping-shopping kompleks. Bukankah solat berjemaah itu 27 kali lipat pahalanya daripada solat bersendirian? Siapa yang bagus dan baik bacaan Al-Qur’annya, majulah ke depan untuk menjadi imam. Jangan sampai orang yang buruk bacaan Al-Qur’annya yang maju ke depan dan bertindak menjadi imam!.

37. BERWIRID ALA KADAR SESUDAH SOLAT
Ramai di kalangan kita tidak suka berwirid setelah selesai mengerjakan solat fardhu atau kalaupun berwirid, mereka mengerjakannya secara ala kadarnya sahaja. Di dalam hadis Muslim yang diriwayatkan daripada Thauban, Rasulullah SAW apabila selesai daripada solatnya selalu beristighfar. Sabda Rasulullah SAW: “Mana-mana hamba Allah yang mengerjakan solat fardhu, lantas dia beristighfar sepuluh kali, tiadalah bangun dia daripada tempat duduknya sehingga Allah mengampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan dan sebesar bukit Tahamah sekalipun.”

“Barangsiapa setiap selesai solat membaca Tasbih سُبْحَانَ الُ 33 kali, membaca tahmid الحمدُ لُلُُ 33 kali, takbir الُ أَكبرُ 33 kali hingga jumlahnya 99, lalu mencukupkan dengan bacaan: Maka diampunilah dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan sekalipun (Hadis riwayat Imam Ahmad) Dari Abi Umamah,Nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa membaca ayat kursi di belakang setiap solat maktubah/fardu/wajib, nescaya tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga kecuali kalau dia tidak mati.” (Hadis riwayat Imam An-Nasa'i dan lain-lain. –
sahih)

38. MENGERASKAN ZIKIR SESUDAH SOLAT BERJEMAAH

Mengeraskan zikir secara jemaah sesudah solat sudah menjadi satu budaya di kalangan kita. Banyak riwayat menunjukkan Rasulullah SAW ada berzikir dan berdoa’ selepas solat tetapi ia TIDAK dilakukan dengan cara beramai-ramai (berjemaah) secara berkekalan dan ianya dilakukan mengikut adab yang betul.

Demikianlah sedikit sebanyak kesilapan-kesilapan yang berlaku ketika kita mengerjakan
solat, sama ada kita sedari atau tidak, telah menyebabkan solat kita ‘cacat’ dan tidak
sempurna. Malah lebih ‘menakutkan’ lagi, ia buat solat kita jadi tidak sah atau terbatal garagara kebodohan kita tidak mahu mendalami ilmu solat yang sebenarnya.


salam sayang :
nabila farhana


sumber : google


Sabtu, 30 Mac 2013

Segmen Jom Pilih Hadiah!



assalamualaikum
semangat nak bercontest kan after dekat sebulan tak join any contest.
tapi seriously,contest kali ni memang best.tengaok tajuk pun dah tahu yang contest ni gila awesome.siapa taknak hadiah,tambah tambah lagi bila hadiah dia tu memang tip to the top.haha.

btw,sebelum tu say thanks to ainul sebab sudi mempelawa aku untuk join contest ni.terima kasih tau.nah kalau korang nak join jugak pergilah dekat blog si cantek ni.nama empunyer blog ni sama lah dengan aku.nabila biela.hehe~








ANTARA HADIAH YANG KENA PILIH :


DRESS (3 ORANG)
PEPLUM (2 ORANG)
LIP TINT (2 ORANG)
TOPUP RM10 ( 7 ORANG)
TOPUP 5 ( 5 ORANG)
HANDPHONE CASES(10 ORANG)
KEYCHAIN (10 ORANG)
BODY SCRUB D HERB ( 3 ORANG)
NOVEL (2 ORANG)
BANNER IKLAN DI PINGJE.ORG (SORANG)
TUDUNG BAWAL (4 ORANG)
SHAWL (SORANG)
SHESEIDO BLACK MASK(4 0RANG)
TSHIRT MUSLIMAH (SORANG)




DAN AKU MEMILIH :

NOVEL
HANDPHONE CASES

                       
okay.antara banyak banyak tu,just pilih dua.so,tu je yang mampu aku pilih. *rambang mata sebenarnya*
disini,aku tag :



salam sayang dari nabila farhana.

  



Jumaat, 29 Mac 2013

Khamis, 28 Mac 2013

midterm oh midsem




assalamualaikum..
post yang agak short untuk hari ni sebab tak tahu nak tulis apa.apepun nak cakap yang aku dah abes midsem..heheeh.terasa lega sangat bila semua tu dah lepas..alhamdullilah. walaupun just 3hari tapi bahang die,macam sebulan.
stress aku..lega lega..,tapi ingat final sikit sebulan lebih je lagi.gap sebulan je antara mid ngan final,alahai cepatnyer..xpuas lagi nak bergumbira gumbira..





ni nak tunjuk sikit jadual exam aku,walaupun dah expired kan. :)



   so,esok dah start balik kerja aku dekat klinik balok..welcome back .. -___-"
malasnya nak pergi kerja..nak cuti untuk topup balik waktu tidur aku bolehhh.. bertuah sangat lah kalau cik jemah bagi kan.even satu hari pun berkira.nie kan berhari hari.lagilah. btw,baru aku teringat yang malam ni ada gotong royOng besaran untuk sambut rombongan sambil belajar dari kolej jururawat alor setar,.aku tak tahulah kenapa nak lawat kolej kitorang yang sekaNGkang kera n  kecik ni.motif ?? banyak lagi kolej lain,kuantan jugak dipilih nya,jauh nyer diorang datang.terengganu lagi dekat tapi tak nak pulak pergi..tapi xpelah,tetamu datang kita kena sambut jugak,welcome to kkj kuantan..baru rasa nak tidur awal malam ni,hurm.lewat jugak.


Dahlah,tak nak cakap panjang panjang,.
Ape ape pun,doakan semoga aku dan jugak gegurls aku yang lain lulus midterm ni iye.; usaha usaha dah,yang termampu sekarang hanya lah bertawakal kepadaNya.semoga dipermudahkan segala urusan urusan,aminn.. :)
need to stop here but before that,rasanya belum terlewat kalau aku nak ucapkan congrates kepada  besfriendss, and adik adik dan yang berjaya dalam STPM n SPM hari tu. tahniah tahniah..and for yang tak bernasib baik tu,xpe..Allah is the best planner's..



okay,jumpa lagi yep.Assalamualaikum.




---------------------------------------------------------------------------------------------------

















xde motif aku letak tapi seyesly comel  :D













Jumaat, 15 Mac 2013

speechless friday..

assalamualaikum





SAYA MINTAK MAAF 


saya tahu salah saya .saya jugak tahu kenapa awak marah saya,terasa hati dengan saya, saya mintak maaf,saya xsengaja nak buat awak macam tu.maafkan saya, mungkin saya tak mampu nak faham awak sepenuh yang mungkin .tapi awak..try untuk faham saya juga.
saya mintak maaf jugak kalau saya ni membebankan awak,mintak maaf sebab suka buat masalah dengan awak..and for everthings , forgive me..
tapi satu je yang saya mintak sangat sangat sangat dan sangat..tolong jangan pendam perasaan marah awak , if awak terasa hati dengan saya ,dan masalah awak.please lah cerita dekat saya.kalau awak tak cerita,saya tak kan tahu. ye,if  saya tahu pun awak dalam masalah sebab naluri saya kuat kata macam tu.tu je yang saya mintak.saya tak tahu apa yang awak rasa tentang saya sekarang..hurmmm..tarik nafas sedalam dalam,hembusss..  saya nak sangat jaga hubungan ni sebaik yang boleh,saya sayangkan awak.

dan sekali lagi

MAAFKAN SAYA 





Khamis, 7 Mac 2013

BIG GIVEAWAY BY AMIRAH.

assalamualaikum.

aku join ga lagi =)


untuk keterangan lanjut,bolehlah singgah blog baby blue ni.seriously,blog ni memang comel

tekan ni :
link
link

senarai hadiahnya :


Topup RM 10 ( 2 Pemenang ) 
Topup RM 10 ( 1 Pemenang ) 
Topup RM 10 ( 2 Pemenang ) 
Keychain Sabah ( 1 Pemenang ) 
Mousepad ( 1 Pemenang ) 
Keychain Sulaman Benang ( 1 Pemenang ) 
Sarung Telefon ( 2 Pemenang ) 
Keychain ( 3 Pemenang ) 
Pakaian ( 1 Pemenang ) 
Soft Toys ( 1 Pemenang ) 
Losyen ( 1 Pemenang ) 
Tudung Bawal Pelangi ( 1 Pemenang )
Peplum ( 2 Pemenang  )
Doodle ( 2 Pemenang ) 
Banner Doodle ( 3 Pemenang ) 
Header ( 1 Pemenang ) 
Bloglist ( 10 Pemenang )



best kan hadiah-hadiah dia.kalau ada rezeki,dapat lah satu.,inshaaALLAH =)


 salam sayang :nabila farhana


Sabtu, 16 Februari 2013

awak =)

assalamualaikum.



             andai aku adalah tulang rusukmu yang hilang 
             aku berharap,
             jika nanti Allah mempertemukan kita,
             kau akan selalu membimbingku.
             agar aku menjadi wanita yang solehah,
             yang nantinya akan menjadi bidadarimu disyurga
             kerana aku ingin kita disatukan didunia dan diakhirat.



            Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku 
            jadilah ayah yang bisa mendidik anak kita
            agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan kita didunia &akhirat
            iaitu anak yang soleh dan solehah,
            yang bisa menjunjung tinggi agama Allah


            andai engkau ditakdirkan untukku,
            ku harap kau bisa menjadi imam buatku dan anakku,
            kau bisa menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga,
            kau bisa mencintai aku apa adanya
            dan kau bisa mengatasi semua kekuranganku dengan kebijaksanaan,

        
            Andai aku salah,
            tegurlah aku dengan kelembutan dan kebijaksanaanmu,
            Andai aku marah,
            belailah rambutku denganpenuh kasih sayangmu,
            agar marahku bisa berubah menjadi kelembutan
            Andai kau lupa,
            ingatkanlah aku  dengan penuh kasih sayang,
            agar nanti kau bisa menjadi suri tauladan bagiku dan anakku,

                                    
           kerana,
           aku hanya mengharapkan iman yang baik dalam rumah tangga kita
           yang bisa membawa aku kejalan yang diredhaiNya,
           jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu,sayang.

INSHA ALLAH,amin :')



                                         


salam sayang dari nabila farhana =)
( saya sayang awak  : nana aifa )




Jumaat, 18 Januari 2013

choosing the right one !





بسم الله الرحمن الرحيم







Semua orang mengimpikan kehidupan yang selesa, dan kebahagian didalam rumah tangga.Tahukah bagaimana untuk mencapainya dan apakah cirri-ciri yang perlu ada didalam sebuah rumah tangga yang bahagia?





Perempuan yang dipilih jadi isteri.


Sunat bagi mereka yang hendak mendirikan rumah tangga memilih calon isteri yang mempunyi ciri-ciri berikut:

• Perempuan yang beragama lagi solehah kerana sabda Nabi saw:

تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لارْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ
Seorang perempuan itu dikahwini kerana empat pekara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, atau agamanya maka hendaklah kamu ambil yang beragama jika tidak binasa tangan engkau yakni jadi papa engkau.




Biar perempuan itu miskin atau tidak cantik, yang penting dia beragama, kerana perempuan yang beragama dapat menjaga dirinya dari melakukan pekara yang dibenci oleh suami.

• Perempuan yang sempurna akal, sekalipun cantik tapi akal yang tidak sempurna boleh merosakkan hubungan suami isteri. Mereka yang kurang akal tidak dapat menilai kebaikan yang suami telah beri kepadanya. Kebanyakan orang yang kurang akal adalah mereka yang tiada pendidikan agama.

• Anak dara kerana sabda Nabi




عَلَيْكُمْ بِالْأَبْكَارِ فَإِنَّهُنَّ أَعْذَبُ أَفْوَاهًا وَأَنْتَقُ أَرْحَامًا وَأَرْضَى بِالْيَسِير
Nikah lah dengan yang dara-dara kerana mereka itu manis percakapannya, suci rahimnya dan reda dengan yang sedikit.



• Perempuan yang baligh
• Perempuan yang banyak anak diketahui demikian itu dengan segala kerabatnya.


Lelaki yang patut jadi suami


Sunat bagi wali perempuan memilih suami anaknya yang menpunyi ciri-ciri berikut

• lelaki yang beragama.

• Bujang (belum pernah berkahwin)

 • Yang elok rupanya.

• Yang kuasa mendirikan hak (nafkah dan lainnya)

Baik akhlaknya, ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya.

• Bertanggungjawab, memberi isteri dan anak-anak pakaian islam.


Berbahagialah kamu jika dicintai calon yang demikian sifatnya..
InsyaAllah..inginkan yang terbaik, jadilah yang terbaik..
Inginkan yang soleh, jadilah sesolehah mungkin..






*kredit to diba for this text ! mekasih  :D
*btw,selamat ulang bulan  ke 3 kita kenal,semoga kekal.inshaAllah :) 




 

::Nabila Farhana:: Template by Ipietoon Cute Blog Design